merdeka 55
Segala puji bagi Allah yang masih mengekalkan nikmat keamanan dan kesejahteraan di mukabumi Malaysia sehingga huruf-huruf ini ditaip keadaan masih biasa dan dianggap selesa serta aman sentosa meskipun jenayah kejam kedengaran semakin menjadi-jadi beserta beberapa siri rompakan namun ianya seqadar secalit lumpur sahaja yang tidak mampu mengotorkan keseluruhan rupa bumi tanah air bertuah ini. Benar jika ditilik secara makro dibandingkan dengan kebanyakkan negara yang dilanda bahana api peperangan seperti Mynmar, selatan Thai, Syria, Iraq dan lain-lain. Juga negara yang kerap dilanda bencana seperti China, Filipina, Indonesia dan lain-lain, ternyata anak tanah merdeka ini sepatutnya menjadi manusia atau hamba yang paling bersyukur.... Namun bagaimana kita ingin menterjemahkan kesyukuran itu? Adakah dengan seqadar melafazkan kalimah syukur sahaja atau kalimah Alhamdulillah sahaja kemudian kita bersama dengan selebriti dan bangsa Malaysia lain berpesta sepanjang malam Jumaat ini? C