Bajet 2013....bajet yang merisaukan?
Penulis mendengar pembantangan bajet 2013 melalui saluran radio IKIM semasa dalam kenderaan dalam perjalanan pulang dari pejabat. Tersekat dalam kesesakan laulintas di tengah pekan kecil yang cuba membangun dengan agak pesat, yang ditimbulkan oleh proses baikpulih jalan raya yang sepatutnya disiapkan lebih awal sebelum jam lima ataupun selepas jam 7 malam jika tidak mampu disiapkan awal, banyak benar pemberian oleh pihak kerajaan 1 Malaysia ini kepada rakyat yang berada di bawah kepimpinannya. Pada mulanya ianya agak menujakan. Dan yang paling mengujakan ialah pemberian bonus 1 bulan setengah untuk kakitangan awam dan dikira dari pemberian sebelum eid, dan bayaran kedua pada Dis manakala bahagian bahagian akhir pada januari 2013. Menarik mendengar ulasan panel di IKIM ialah, pemberian yang dibuat oleh kerajaan memerlukan perbelanjaan yang agak besar seperti pemberian BR1M 2.0, pemberian rebet pembelian telefon pintar boleh menyebabkan beban hutang kerajaan akan bertambah. Insen