Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 29, 2018

Sembang Selepas UPSR

Tatkala berasak² berbaris untuk membuat pembelian dan pembayaran yuran sekolah anak² di suatu pagi, sempat berbual berkaitan pencapaian anak pra-UPSR. Perbualan yang tidak disengahajakan itu berkisar pada mulanya berkaitan anak² yang berkebetulan berada dalam kelas yang sama pada tahun 2019. Sebelum itu, penulis agak tergesa² mencari barisan untuk membuat pembayaran. Aturan barisan yang diletakkan pada tahun ini agak kurang kemas. Ruang dewan terbuka yang luas 'kurang' dimanfaatkan oleh pihak pentadbiran untuk membuat urusan menjadi lebih licin. Pada mulanya, penulis telah tersalah mengambil barisan. Mengikut jadual asal, waktu bermula pada jam 10.00 am. Tetapi, tatkala penulis tiba pada jam 9.50 am, kaunter telah sesak dengan ibu bapa. Kemudian selepas diselidiki melalui pertanyaan kepada beberapa responden, baharulah ditemui jalan sebenar untuk berbaris mengikut kelas. Berdiri di belakang salah seorang bapa kepada pelajar yang mengambil keputusan UPSR 2018. Menur