Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 9, 2016

Bahtera Lama - Nakhoda Baru

Imej
Sekitar akhir bulan oktober lepas, sewaktu Mesyuarat Agung Luarbiasa di adakan untuk memilih Majlis Jawatankuasa Kerja (MJK)bagi sesi 2016-2019, pasukan yang telah dibentuk oleh salah seorang MJK lama telah menang secara penuh dengan mengalahkan keseluruhan pasukan, khususnya MT lama. Keputusan yang dikatakan di luar jangkaan itu telah menimbulkan polemik di kalangan MT lama sehingga wujud bantahan terhadap proses pengiraan undi. Namun selepas proses pengiraan semula dibuat, kemenangan masih lagi berpihak kepada MT yang terkini... Dalam mesyuarat pertama pasukan tersebut, dikatakan menjadi sejarah dimana kesemua ahli yang terpilih telah menghadiri mesyuarat tersebut, dan dikatakan ianya tidak pernah berlaku sebelum ini, menurut salah seorang MJK lama yang dipilih semula. Terlalu banyak perkara yang ingin dibincangkan dalam mesyuarat pertama pasukan tersebut namun dek kerana keterbatasan masa, ianya hanya membincangkan mengenai fungsi² jabatan yang ditubuhkan. Perjalanan ke

Himpunan Solidariti - kemana kita?

Imej
Himpunan yang dikatakan mengundang kontroversi antara kedua-dua negara. Dikatakan bahawa sami² di negara Mynmar telah membuat bantahan di hadapan kedutaan Malaysia di Rangoon dan juga mendapat respon dari Menteri Luar Mynmar yang membantah kehadiran PM Malaysia ke perhimpunan tersebut. Penulis sendiri tatkala membuat provokasi di dalam laman aplikasi sosial What'sap telah mendapat kritikan hebat dari ahli grup yang tersebut. Begitu hangat dan membara sekali harapan dan semangat rakyat Malaysia untuk menunjukkan kepada dunia bahawa mereka berdiri di belakang YAB PM Malaysia mendepani isu yang tersebut. Ironinya, sebelum daripada ini, barisan pembangkang pernah membuat usul di parlimen untuk membincangkan perkara tersebut di parlimen, namun ditolak mentah² oleh speaker semasa itu. Pembangkang ingin membawa usul di bawah perkara 19(a) untuk membahaskan isu pembunuhan etnik Rohingya pada 24 November lepas naum ditolak dengan alasan tidak mahu mencampuri urusan negara lain