Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 4, 2015

Ulangtahun Badar Al kubra

Imej
Hari ini 17 Ramadhan 1436 hijrah...merupakan ulangtahun Badar Al Kubra, peperangan pertama di dalam Islam. Hujan membasahi bumi daerah tengah gapura selatan buat pertama kali agak lebat selepas beberapa hari mengharungi kegersangan yang agak bersangatan. Kuliah Subuh oleh mudir madrasah arabiyyah menyentuh mengenai kepentingan solat subuh. Beliau menyatakan mengenai hadith Nabi SAW mengenai pahala solat sunat subuh seperti dunia dan isinya. Ulamakhilaf mengenai pahala atau ganjaran itu adakah untuk solat subuh atau solat sunat subuh, hinggakan ulama fiqh menyatakan bahawa apabila seseorang itu tertinggal solat sunat subuh, maka ia boleh melaksanakan selepas selesai solat fardhu subuh demi mengejar ganjaran pahala yang dinyatakan. Tuan guru juga menyatakan bahawa solat subuh merupakan motivasi utama umat ini. Dinyatakan bahawa tatkala tentera Rom hendak menjatuhkan atau melumpuhkan pasukan Islam, telah dihantar mata² di ibukota Madinah semasa pentadbiran Umar Al Khattab. Selepa