Sehari di Batu Pahat
Perayaan dewalee disambut sederhana dan meriah. Penulis menemani isteri untuk program khidmat masyarakat pelajar beliau di Darul Hanan Batu Pahat. Turut serta anak sulung kami. Kami tiba di Darul Hanan sekitar jam 9.45 pagi. Tiga puluh minit kemudian kami bergerak keluar dan singgah di kedai muslimah berhampiran madrasah tahfiz. Pekedai memakai niqab, satu fenomena biasa di kalangan para pencinta agama tetapi dipandang aneh dikalangan yang berpura-pura... Kami kemudiannya beriktikaf di BP Mall bermula waktu zawaal dan berakhir selepas Asr... Menikmati jamuan tengahari di restoran ayam penyet yang menghidangkan menu indonesia serta diserikan dengan lagu-lagu dangdut tahun 80 an. Pekerja adalah pemuda pemudi melayu malaysia. Dipunyai oleh seorang tionghua.. Solat zuhr di surau wujud jamaah...begitu juga waktu Asr. Tatkala diperhatikan terbangun juga beberapa jamaah. Nampak ada perubahan meskipun wujud juga wajah kelihatan wara namun sanggup solat sendirian di belakang saf jamaah.