Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 28, 2013

Amal Maaruf Nahi Mungkar ... semakin dilupakan?

Imej
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik. (Al Imraan : 110) Apabila kita berjalan di kota ...maka terlihat oleh kita sepasang merpati (kekasih) sedang berpegang tangan dan bermanja. Apa tindakan kita..? "Boleh jadi dia dah bernikah ... biarlah.." "Aku ni pun bukan baik bebeno..." "Rasa macam nak tegur .. tapi kena belasah pulak .." "Geram tul aku  nengoknya ..." "Benci betul..." "Ehem...Asalamualaikum...saudara-saudari ni suami isteri ke atau adik beradik? Jik

Bila nak mula dakwah?

Imej
"Bila nak start berdakwah?" Soalan seumpama ini jarang kedengaran di mana-mana bahagian atau kawasan kedai kopi apalagi majlis mesyuarat tertinggi parti... "Nak dakwah kena masuk badan dakwah..." "Nak berdakwah? Tu kerja para ustaz dan ustazah..." "Nak dakwah? Belajar agama tak sampai ke mana...sibuk nak ambil alih tugas orang..." Kebanyakan dari kita agak terasing dan merasa berat untuk kerja dakwah. Bagi kita, dakwah hanya tugas golongan yang tertentu sahaja. Bukan tugas semua insan bergelar muslim. So, macammana pula dengan hadis yang direkodkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud, sampaikan dariku walau satu ayat ... Jadi ianya adalah satu suruhan Rasulullah SAW yang mematahkan hujah pemalas yang mengatakan, ilmu masih belum cukup....tak berapa pandai nak cakap dan sebagainya kerana Nabi SAW memerintahkan untuk menyebar luaskan ilmu walaupun hanya sepatah.... DEFINISI DAKWAH Pengertian dakwah mempunyai beberapa pengertian dan i