sehari di MAHA
16 Rabiul Awwal tahun ke 1440 daripada hijrah Ar Rasul ﷺ Penulis memulakan hari seawal jam 4.15 pagi. Seusai bersiap, kami sekeluarga bergerak meninggalkan kediaman menuju ke rumah ibu mertua. Jam di dashboard menunjukkan pukul 5.15 pagi tatkala kami bergerak. Selepas menghantar anak² ke rumah mertua, penulis dan isteri terus menuju ke lokasi check point untuk menaiki bas. Tatkala tiba, para peserta rombongan sudah sedia menanti. Sebaik azan subuh berkumandang, kami bergerak kesurau berhampiran. Seusai subuh, bas telah tersedia. Meskipun pada awalnya kami diberitahu bas akan tiba pada jam 5.00 pagi!!! Sebaik kesemua ahli rombongan siap berada di dalam perut bas berwarna kekuningan itu, ketua rombongan menbuat sedikit taklimat dan apabila bas mula bergerak, doa pun dibacakan. Penulis kemudian hilang kesedaran hinggalah bas berlabuh di RnR Pagoh. Para duyuf telah diberikan sebungkus nasi lemak dan sepeket jajan sebaik turun tangga bas menuju ke lokasi makan dan minum.