Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 26, 2016

kempen budayakan solat : pernahkah?

Imej
Pernahkah pembaca yang terbaca tulisan ini terserempak dengan kempen seumpama ini? Kempen menggalakkan muslim mengerjakan solat, atau dalam bahasa melayu menunaikan sembahyang. Sama ada kita pernah berada di sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah berasrama, kolej, universiti bahkan pejabat sekalipun, rasanya agak janggal bila kita menyebut mengenai kempen seumpama ini. Yang biasa kita dengar ialah kempen anti denggi, kempen anti rasuah, kempen makan makanan tempatan, kempen 1 rumah satu komputer dan banyak lagi. Meskipun negara ini merupakan negara yang menjadi sebutan dan pujian sebagai sebuah negara Islam yang patut dicontohi oleh sekelian negara Islam lain, namun tidak pernah kita dengar kempen seumapam ini berlaku (pada pengetahuan penulis) Tetapi mungkin bagi penduduk negeri Siti Wan Kembang, kempen seumpama ini telahpun disuburkan. Bahkan mereka mungkin sudah terbiasa dengan kempen dan galakan seumpama ini dari pihak pemerintah sendiri.  Oh...baru penulis faham.