Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 10, 2012

Mampukah orang Melayu memakmurkan kembali rumah- rumah Allah?

Imej
Mungkin perkara ini paling kurang diperbincangkan di kalangan bangsa Melayu. Boleh jadi ianya dianggap sebagai agenda paling kurang penting bahkan tidak pernah disebut langsung dalam mana-mana pentas perhimpunan mahupun muktamar. Melayu dewasa ini lebih kemaruk bercerita mengenai siapa paling patut menerajui negara selepas pilihanraya ke 13. Melayu kini lebih enak bertegang urat di parlimen kedai kopi mengenai isu-isu besar seperti hudud dan AES. Melayu lebih seronok bercerita mengenai liburan dan artis. Agenda pengimarahan rumah Allah mungkin hanya dibincangkan di kantin pejabat agama oleh seorang dua ulama muda yang makan gaji. Agenda ini juga mungkin ada dibincangkan oleh para penggerak masjid dan surau peringkat DUN tatkala makan pagi selepas majlis membudayakan Al Quran bersama Penyelaras Masjid dan Surau daerah secara tidak serius. Penceramah majlis maulid atau maal hijrah juga mungkin ada menyebutkan di hadapan khalayak secara tidak formal dengan diselangi oleh jenaka un

Kluang-Temerloh-Cameron-Kluang

Imej
Jam 10.10 pagi penulis mengunci pintu rumah setelah mengambil baju yang tertinggal. Pergerakan menuju ke Gerai Kari Kambing 40 hari. Gerai yang agak tersohor di kalangan para penggemar makanan berasaskan kambing. Tatkala tiba jam menunjukkan ke pukul 11.30 pagi. Pelanggan masih agak ramai. Bersebelahan kenderaan penulis ialah nyonya penjual durian yang menawarkan durian berharga RM30.00 sebungkus!! Harga yang dianggap agak murah bagi durian kampung. Tatkala menunggu hidangan disiapkan, ternampak pula pelanggan lain yang menikmati durian tadi. Tidak tahan dengan godaan bau durian, isteri membeli tiga biji durian dengan harga RM15.00. Rasanya agak menarik juga dengan isi yang agak tebal. Kami meneruskan perjalanan menuju ke bandar Segamat. Kami melintasi pekan Yong Peng kemudian Chaah, Labis dan akhirnya Segamat. Di Segamat mengisi minyak dan kemudian Solat Jumaat di Jame Bandar Segamat. Khutbah berkisar mengenai masalah riba. Beliau meminta jamaah menghindari riba. Bukan mudah mengh