Catatan

Tunjukkan catatan dari April 22, 2012

kelas VII

Kelas terakhir sebelum pelajar bercuti selama seminggu. Kelas kali ini membincangkan mengenai fungsi dan kelebihan masjid. Sebagaimana biasa, kumpulan dibahagikan kepada dua dan sebelum itu ujian azan diadakan. Pembentangan oleh kedua-dua kumpulan adalah seperti biasa sahaja. Namun yang menariknya apabila diminta pandangan bagaimana hendak memakmurkan semula masjid dan surau yang semakin hari semakin kosong dan tidak bermaya, seseorang mencadangkan agar ditukar kerajaan yang ada dan ini dipersetujui oleh majoriti ahli kelas. Penulis cuba merasionalkan pandangan mereka dengan berhujjah bahawa adakah kita ini terpaksa menunggu sehingga lima tahun baru hendak bergerak hanya dengan menukar kerajaan melalui kertas undi sedangkan ruang masa yang diberikan Allah untuk kita melaksanakan kerja-kerja dakwah ini terbentang luas dalam masa lima tahun. Ini bermakna mengikut pandangan tersebut, maka selama lima tahun kita hanya membiarakan sahaja masjid menjadi kosong, manusia menjadi semakin lia