Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 15, 2012

Selamatkah kita di bumi ini?

Imej
".. dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." Al Hujurat : 13 Beberapa hari lepas, negara kita dikejutkan dengan kehilangan seorang lagi kanak-kanak yang keluar rumah bukan untuk pergi bermain di padang, bukan untuk bermain polis sentri bersama rakan-rakan di rumah pangsa, bukan untuk berkeliaran di sekeliling bangunan sambil memanjat pokok dan berlari-lari turun naik tangga bangunan, tetapi untuk pergi ke kedai membeli sedikit keperluan. Kanak-kanak malang itu didapati tidak pulang semula ke rumah. Beberapa hari kemudian, polis menemui mayat beliau berdasarkan kepada kesepadanan DNA beliau dengan ibunya. Kes seumpama ini boleh dikatakan terlalu kerap berlaku di negara yang dikatakan aman makmur dan selamat ini. Sebelum ini kita kerapkali dikejutkan dengan kes sepert

Kelas Kokurikulum IV

Imej
Kelas ketiga, penulis agak awal tiba. Menantikan kehadiran ahli kelas hingga jam 5.15. Penulis tidak dapat berkata sesuatu berkaitan kehadiran kerana dua kelas sebelumnya penulis agak lewat. Mungkin pada kelas akan datang teguran akan dibut. Kelihatan juga beberapa orang anak muda ini menghadiri kelas dengan hanya berselipar serta memakai baju round neck. Penulis telah memberikan peringatan pada hari pertama pertemuan, namun nampaknya mungkin mereka terlupa. Penulis juga rasa tidak mahu menegur pada kali ini. Insya Allah pada pertemuan akan datang.. Sesi kali ini dimulakan dengan pengarah program membincangkan serta membentangkan serba sedikit mengenai kertas kerja projek lawatan keluar yang dijangka pada penghujung April. Kelihatan kertas kerja telah berjaya disiapkan dengan jayanya. Cuba tingal sentuhan-sentuhan akhir sahaja.. Selepas pembentangan pengarah, perbincangan dalam kumpulan dibuka. Kumpulan dibahagikan kepada tiga dan akan membincangkan serta membentangkan salah satu darip

Kelas Kokurikulum II

Imej
Kelas kali ini lebih lewat. Mesyuarat di pejabat melengah-lengahkan penulis untuk bergerak ke lokasi kelas. Makanan selepas mesyuarat pula amat menyelerakan. Terkejar-kejar menunaikan Asr di masjid dan kemudian berpatah semula ke pejabat. SMS ketua kelas untuk membuat perbincangan dalam kumpulan terlebih dahulu sebelum penulis menghadiri kelas. Kembali ke pejabat kerana di dapati pen drive yang berisi banyak maklumat telah hilang. Masuk mundar mandir ke dalam bilik, selerak segala kertas yang bertompok di atas meja. Tercari-cari di lokasi parkir masih belum mahu berjumpa. Akhirnya penulis pasrah sahaja... Setelah meletak kenderaan di parkir berhampiran kelas, tatkala berjalan menuju ke kelas, meraba-raba perut yang mula menggendut, tiba-tiba tangan terasa sesuatu terselit di dalam baju. Ya Rabb!! Pen drive ku...Rupa-rupanya termasuk ke dalam baju kerana poket belah memang telah terkoyak di hujungnya menyebabkan benda-benda kecil boleh tercicir dengan mudah!! Perbincangan dalam kumpulan

Kelas Kokurikulum I

Imej
Kelas penulis yang pertama bersama pelajar untuk tahun ini bermula agak lewat daripada waktu yang telah ditetapkan. Penulis tercari-cari kelas tersebut walaupun ialah agak familiar di kampus ini namun dek kerana sudah agak lama tidak berjalan atau melalui kawasan tersebut, ianya kelihatan agak kabur .. Akhirnya setelah tercari-cari dan terpusing-pusing bersama beg berisi note book yang dipinjam dari pejabat, berjaya juga menemui kelas tersebut. Tatkala masuk pelajar yang menunggu masih belum mencukupi. Satu lagi, keunikan kelas ini ialah semuanya lelaki!! Kalau semester sebelumnya kelas penulis agak balance dari segi bilangan lelaki dan perempuan. Pertemuan pertama hari ini ialah sesi taaruf. Semua pelajar perlu memperkenalkan diri masing-masing dan membacakan surah atau ayat yang dihafaz. Ini penting untuk pengenalan diri mengenai pengetahuan mereka berkaitan ayat-ayat lazim, dan juga bacaan mereka serta tajwid mereka. Kelas ini dikenali sebagai kelas imam dan muazzin. Secara dasarnya

Bila rasa malas mengundang

Imej
Aihh..sepanjang minggu ini cuaca kerja penulis di pejabat agak mandom...menurun dan tidak produktif...hai ntah apa sebenarnya yang berlaku penulis pun tak dapat nak khabarkan. Perasaan malas serta bermalas-malasan menyerang dengan amat teruk dan hebat sekali. Staf juga ramai yang bercuti. Al maklumlah musim cuti sekolah seminggu. Penulis nampaknya masih belum mengambil cuti. Mungkin juga kena bercuti...untuk mengembalikan semangat yang hilang...atau kena bercuti panjang..? Kadang-kadang dalam gurauan sahabat-sahabat atau rakan sekerja, biasa kita terdengar usikan yang berbau kelucahan. Mungkin bagi sesetengah pihak, amalan usikan berbau lucah dianggap biasa dan boleh juga membangkitkan semangat atau mood yang mula dirundung awan nano.. Tetapi apabila usikan berbau kelucahan yang dibiarkan dan dibentangkan setiap hari dilayan oleh yang kena usik, maka si pengusik akan menjadi sedikit seronok dan beranggapan bahawa usikannya tidak akan menimbulkan sebarang implikasi negatif berimpak besa