Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 16, 2019

Kunjungan Syawal

12 Syawal 1440 Media penyiaran masih lagi sebuk mengalunkan irama hari raya, bahkan yang berasaskan gama juga tidak segan silu mempromosikan hari raya selama sebulan. Entah dari kitab mana asalnya suruhan tersebut. Apa yang difahamkan, sambutan dua hari raya iaitu Eidul Fitri dan Eidul Adha adalah untuk menggantikan dua hari raya yang disambut pada zaman jahiliah... Amalan ziarah hari raya beramai² atau dikenali sebagai baraan atau marhaban, sudah menjadi satu budaya wajib khususnya di kalangan muslimin dan muslimat yang bermastautin di hujung semenanjung emas. Ianya terus dibudayakan di taman² perumahan bukan hanya di peringkat kampung. Bahkan ada yang dibuat oleh pejabat² kerajaan juga. Antara yang pelik pada amalan ini ialah kunjungan dilakukan sehingga menjelang ke tengah malam, bahkan mungkin menjejak ke jam 12 tengah malam. Bagaimana kunjungan ini tidak mengganggu tuan rumah? Apakah adab yang diamalkan sehingga sanggup menjelajah setiap rumah hingga ke tengah m