Selepas 96 jam
Jumaat hari ke 9 dalam bulan Jamadil Awwal Tahun 1439 hijrah Ar Rasul ﷺ. Telah tepat 96 jam 'terperangkap' dengan kapsul masa di pulau impian. Sejak hari pertama menjejak kaki kepulau ini, masih belum berpeluang menitipkan sesuatu dalam ruangan catatan maya ini. Ya, sekali lagi penulis berada di pulau ini. Kali ini menginap di Tekun Hotel Resort. Mendapat kunci yang bertulis no MO-1 3-2. Bilik penginapan bertahap bintang-bintang kejora. Tahun ini, penulis adalah manusia no 2 yang mendaftar untuk masuk ke bilik hotel. Ruang bilik yang agak 'eksklusif' dengan dua katil bujang tanpa sebarang alas juga sebarang bantal yang menyambut kedatangan penulis. Hanya tilam yang tidak empuk dan sesuai untuk menekuni kehidupan sebagai salik untuk 15 hari lebih kurang. Mujurlah 'terjumpa' seketul bantal keras dan berbunga hasil tenunan barang asli pemilik di luar pintu masuk. Dengan niat meminjam, bantal diusung masuk dan diletakkan di atas katil yang bakal bersama