Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 19, 2014

Fasi yang fasiq?

Imej
Agak janggal tajuk penulisan pada kali ini. Mungkin dunia kefasilitatoran adalah agak asing bagi kebanyakan di antara kita. Apa yang selalu kita tahu, fasi hanyalah segolongan insan terpilih yang akan menjadi penggerak untuk sesuatu program, tidak kira sama ada program berbentuk motivasi, jati diri, kursus biasa bahkan kadang-kadang hanyalah sebuah pertemuan singkat kurang dari sehari. Jarang di antara kita yang tercebur secara serius dalam dunia fasi. Kebanyakan dari kita meskipun kadang-kadang terpalit sedikit minat untuk menabur jasa dalam permainan fasi, lebih-lebih lagi selepas 'terdera' dengan kelompok ini dalam sesuatu program, amat jarang mendapat peluang untuk menyertainya.... Fasi boleh dibahagikan kepada beberapa watak tertentu. Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan fasi dalam sesuatu program hanya sebagai pelakon untuk menjayakan sebuah sandiwara yang telah dirancang dari awal untuk mencapai sesuatu objektif program. Kita akui tidak se