Catatan

Tunjukkan catatan dari November 4, 2022

Kisah² solat Jumaat

Imej
Jumaat 09 Rabiul Thani 1444  Solat Jumaat hari ni penulis terserempak dengan beberapa gerombolan pelajar sekolah berasrama (SBP) yang lengkap berpakaian melayu satu sut putih dengan samping yang berwarna mengikut tema sekolah. Seusai solat, gerombolan ini bergerak menuju ke lokasi berbumbung di luar pintu pagar masjid menantikan kedatangan bas sekolah untuk memungut mereka kembali ke hostel. 32 tahun lepas, hampir di setiap Jumaat selama dua tahun, penulis akan dikumpulkan bersama rakan-rakan sehostel di dataran asrama yang dikenali sebagai 'hard-stand' dengan memakai baju melayu berwarna putih lengkap bersamping dagang di dalam. Samping berwarna purple yang dikatakan kain tenun rakyat negeri terbesar di semenanjung emas itu segak dipakai khususnya untuk menghadiri solat Jumaat. Saban minggu, setiap jam 12.30 tengahari, ditengah terik mentari, kami berkumpul di dataran tersebut sambil menunggu jumlah pelajar mencukupi sebelum kami bergerak dalam barisan panjang berjalan kaki ke