Berakhirnya kisah seorang Anwar
Selepas nasib DSAI ditentukan pada perbicaraan liwat II, lewat senja beberapa hari sebelum penamaan calon PRK Kajang, beberapa pihak mula melihat bahawa ianya merupakan titik pengakhiran karier politik beliau. Mungkin ada di antara para pendukung beliau yang begitu teruja untuk memperjuangkan nasib beliau. Apatah lagi beberapa hari kemudian beliau telah mengisytiharkan reformasi 2.0. Seolah negara separa aman ini akan digegarkan lagi dengan tindakan himpunan sejuta umat sebagaimana yang pernah berlaku pada 1998, ataupun lebih hebat sebagaimana perhimpunan merah di ibukota thailand... Apabila berita kehilangan pesawat MHS743 menyelubungi media massa sehari selepas itu, berita mengenai DSAI hampir lenyap di mana-mana akhbar utama. Begitu juga nasibnya dengan hari pencalonan di DUN Kajang. Persoalannya, adakah pakej percutian lima tahun DSAI dari arena politik negara ini akan memberikan impak yang lebih besar terhadap gerakan pembangkang atau semakin melemahkan pakatan? Umum mengetah