Hari raya korban: semangat korban yang kian pudar
Hari ini, sehari selepas kerajaan saudi mengumumkan tarikh wukuf, umat Islam di seluruh dunia tanpa mengira perbezaan mazhab yang semakin memuncak kini, meraikan eid adha, hari yang diasaskan dari semangat pengorbanan suci yang ditunjukkan oleh Ibrahim as dan juga anaknya Ismail as. Daripada semangat pengorbanan dua anak beranak ini, maka Allah swt telah menggantikan Ismail as dengan seekor kibasy. Maka umat islam sehingga ke saat ini masih lagi melaksanakan syariat nabi Allah Ibrahim ini yang juga telah diperintahkan di dalam syariat junjungan besar Muhammad SAW. Umat Islam masih meneruskan amalan korban dengan menyembelih pelbagai binatang ternakan berupa lembu dan kambing atau unta atau kibasy menurut aturan syariat sehingga ke hari ini. Kita biasa mendengar amalan ini dilaksanakan diserata ceruk negara umat islam. Kita biasa juga mendengar umat islam berkongsi untuk menyembelih seekor lembu dengan harga RM400 ke RM700 untuk satu bahagian. Selari dengan kenaikan harga b