Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 2, 2012

Ramadhan ke 11

Imej
Ramadhan ke sebelas hari ini disambut bersama kedatangan kumpulan audit ke pejabat penulis. Suasana hangat menyambut ketibaan delegasi pasukan audit seramai lima orang yang kelihatan tegas dan berwibawa. Terkulat-kulat juga penulis bila audit kali ini akan memberikan tumpuan besar terhadap operasi akademik yang telah diamanahkan kepada penulis sejak tahun dua semester lepas. Tidak banyak perubahan yang dibuat oleh penulis. Rasanya lebih teruk kot.... Awal-awal lagi beberapa penemuan yang mendebarkan berlaku. Walau kelihatan kecil, contohnya mengenai tandatangan sokongan pada borang tanpa cop, tapi bagi penulis ianya sesuatu yang memalukan.... Selaku seorang penyelia yang bertanggungjawab menyelia dua orang subordinat, adalah sesuatu yang menjengkelkan apabila kita gagal mengesan kelemahan mereka. Benar setiap orang ada kelemahan masing-masing. Walaupun mereka kelihatan cekap dan bagus, namun pasti akan muncul jua beberapa perkara. Tiada siapa yang boleh mendakwa dirinya ter