SPM - Kenangan 20 tahun lampau
Apabila mendengar kisah dan celoteh penyampai radio IKIM tatkala dalam perjalanan menuju ke pejabat sepanjang jalan yang agak basah dibawah perarakan besar awan kelabu pagi tadi, maka kenangan tatkala menjadi calon SPM sekitar tahun 1992 kembali menjelma... Ya 1992 sebaik sahaja cuti sekolah bermula, rakan-rakan junior lain berarak beramai-ramai bersama beg bersaiz besar memuatkan segala khazanah terutamanya kain baju seluar menuju ke pintu pagar sekolah untuk menikmati cuti panjang, kami pelajar senior form five di sekolah berasarama penuh (SBP) hanya mampu melihat dan merenung dan kemudian kami semua bakal menjadi raja di dalam halaman sekolah. Ya .. untuk menyambut kedatangan musim peperiksaan SPM pelbagai perkara berlaku. Kalau sebelum ini muka sahabat kita ini tidak pernah dikenali oleh bangunan surau, kini setiap waktu dia mula menjadi sahabat akrab kepada permaidani surau. Seolah-olah tidak mahu ia berenggang dengan bangunan yang paling suci di sekolah ini. Ada juga ya