Melatih Bakal Pemimpin Berminda Emas
19 Rejab 1439 penghulu segala hari...penulis meninggalkan halaman rumah sekitar jam 7.15 pagi untuk menyelesaikan misi kedua untuk tahun 2018 masehi. Menuju ke rumah sahabat fasi yang terletak sekitar 5 km untuk membawa bersama ke kem latihan. Kemudian, kami singgah di warung lontong sate di pekan satelit. Kiri kanan jalan sudah mula dirimbuni dengan bendera berwarna biru pekat dengan lambang timbang sebagai tanda akan terbubarnya parlimen negara. Ah...apa dihairankan dengan politik negara yang caca marba. Pilihanraya selepas 13 kali dilalui boleh dianggap sebagai cop untuk mengesahkan keabsahan parti yang mentadbir negara sahaja. Tidak ada yang lebih menarik daripada itu... Kami kemudian mengambil PH yang menunggu di persimpangan jalan. Beliau ini adalah penting untuk memastikan kejayaan program yang telah dirancang. Seterusnya kami singgah lagi di warung tepi jalan untuk menunaikan hajat sang PH yang masih belum menikmati sarapan di waktu pagi... Melalui jalan kampung y