Hari pertama ke sekolah
2 Januari 2013....anak sulung penulis melangkah kaki ke tahun satu di SK Dato Syed Zain Al Shahab. Seawal jam 7 pagi sudah berada di kawasan sekolah. Perhimpunan pada awal pagi di dataran sekolah bersama pelajar baru dan lama dan dikendalikan oleh badan Pengawas sekolah menghimbau kenangan nostalgik tatkala masuk darjah satu sekitar tahun 1981 dahulu di SRK Long Jaafar Taiping Perak. Anak-anak zaman moden ini dihantar oleh ibu bapa dengan kenderaan hingga ke pintu sekolah. Masa perhimpunan juga ditemani oleh ibu bapa. Guru besar sekolah bercerita mengenai disiplin murid. Kemudian anak-anak ini digiring hingga ke bilik darjah bersama ibu bapa dan guru. Tempat duduk dipilih sendiri oleh anak murid tersebut. Ibu bapa ada yang masuk ke dalam darjah sambil mengambil gambar dari alatan canggih yang dibawa ke sana kemari. Selepas melihat tempat penulis beransur untuk menghantar anak kedua ke kelas tadika. Bapa saudara yang bermurah hati menghantar telah membawa anak kedua penulis