Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 30, 2011

Tebing Tinggi dan durian

Bermula 26 hingga 29 Jun 2011, sekali lagi nama penulis terpilih untuk menyertai kem jati diri di Tebing Tinggi Segamat johor. Ahad 26 Jun kami bertolak dari bumi Parit Raja sekitar jam 9.30 pagi menuju ke rumah mentor. Kami bergerak menuju ke Segamat dan singgah di Yong Peng untuk minum pagi. Walaupun penulis telah menyelesaikan tuntutan di Pt Raja, namun kerana menghormati sahabat yang masih belum menyelesaikan tuntutan diri, maka kami membantunya bersama di kedai makan tersebut. Perjalanan kami merentasi, Chaah, Labis dan akhirnya menemui gemereh dan langsung membelok ke Pusat Latihan Felcra Tebing Tinggi yang agak terasing dan jauh dari bandar Segamat hingga ke jam 11.30 tengahari. Setelah mendaftar penginapan, kami bergerak ke dewan terbuka di bahagian bawah yang agak jauh dari kampus utama. Peserta sedang diberi taklimat oleh Kem Komandan dan juga berlatih nyanyian lagu-lagu wajib. Bermula jam 12.15, ice breaking selaku LDK pertama membuka tirai. LDK I dipimpin oleh mentor dengan