Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 26, 2022

Hari kedua di Hydrabad

 2 Jamadil Akhir 1444 Hari kedua di negara terasing. Malam pertama di rumah tetamu (?). Tiada apa yang boleh dilakukan melainkan menjawab wassap, menonton youtube setelah bosan menonton filem netflix. Isteri yang dipanggil melalui whatsup video memberikan satu idea untuk pulang segera. Penulis segera menghantar wassap kepada pihak syarikat merayu untuk ditukarganti dengan petugas yang lain. Mana mungkin boleh menunggu di sini sehingga pesakit selesai? Keluar dari bilik sekitar jam 10 pagi dek kerana begitu sukar untuk bangun. Ntah mengapa kelesuan menghimpit diri. Tidak tahu hendak kemana, terus melangkah ke hospital dengan nawaitu hendak melawat. Dari kejauhan penulis nampak kelibat dr muslim semalam. Beliau lantaa menyapa, "Where are you?" Penulis kurang faham pada mulanya sapaan itu. Adakah dia memang mencari penulis dari pagi atau apa? "Where are you?" Dengan agak tersipu penulis menjawab, "Im here" Dia meneruskan soalannya dengan lebih spesifik, "

Mendarat di Hydrabad

 1 jamadil akhir 1444 Hari terakhir di bumi bakkah. Sejak semalam makin sibuk dengan aktiviti wadak. Shopping wadak. Kedai di bawah jam besar itu menjadi target utama. Entah apa lagi yang hendak dibeli selain pakaian untuk keluarga. Penulis telah cukup dengan dua helai jubah dan beberapa minyak wangi konon tahan lama. Seawal sebelum subuh lagi sudah ramai jamaah yang telah bergerak untuk melaksanakan tawaf wada yang merupakan aktiviti ibadah terakhir sebelum berpisah dengan baitullah. Bagi penulis, tawaf ini dilaksanakan dengan menggunakan motor. Pertama kali berbuat demikian. Mengapa? Sebab dataran kaabah hanya blh dimasuki oleh mereka yang memakai kain ihram sahaja dan juga kerana dataran kaabah penuh dengan umat manusia. Tawaf bermotor adalah pengalaman baharu penulis di kaabah. Dalam masa sejam urusan tawaf selesai. Ada juga medan alternatif untuk tawaf di aras dua masjid tetapi jaraknya agak jauh. Satu pusingan lebih kurang 10 minit... Seusai tawaf, penulis kembali untuk menikmati