Rujuk JAKIM dulu sebelum buat konsert
Di serata nusantara, antara berita terhangat yang sering dijadikan topik perbualan sama ada dalam media cetak atau media elektronik kini selain dari isu MHS 370 ialah berita penganjuran konsert yang meragut enam nyawa yang kebanyakkan adalah dari kalangan anak bangsa melayu islam. Dalam kepelekan dan kebingungan dunia untuk mencari penyelesaian terhadap misteri kehilangan pesawat terbang milik MAS ini rupanya masih ada insan yang begitu berani melonjak dan melayan keserakahan nafsu untuk secebis keuntungan dan keglamouran meluluskan penganjuran konsert seumpama ini. Tiada pula disibukkan dengan sensitiviti keluarga mangsa. Tiada pula yang mahu mengharamkan atau menghalang pelaksanaannya. Maka Allah membuka aib mereka yang bertanggungjawab dengan mematikan beberapa insan di lokasi kejadian. Kalaulah tiada kematian nescaya tiada siapa pun yang tahu betapa negara semenanjung emas yang dikatakan hebat dan begitu gah akan acara berciri keislamannya itu BERJAYA mengajurkan konsert bertaraf