Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 3, 2018

Naik Bas Cepat Sampai Lewat - Naik Bas Lewat Sampai Cepat?

Hari terakhir di pulau impian, ditutup dengan PB Public Policy. Meski yang dihafal setengah gila itu tidak keluar, namun soalan yang keluar tidak mengecewakan untuk dijawab. Dan dengan langkah pendekar yang baru selesai bertempur, penuh bergaya menghantar kertas jawapan dan keluar dewan. Kaki bergerak pantas menuju ke lokasi bas untuk naik ke resort Tekun bagi mengangkut beg dan juga note book yang seolah papan loh itu. Sebaik tiba, gajet dibuka untuk menempak kenderaan grab. Sebenarnya perisian grab telah agak lama bertapa di dalam gajet penulis namun dibiarkan mengangur kerana tidak wujud grab di sekitar daerah kediaman penulis. Hanya baru² ini sahaja ianya muncul di tengah pasaran kapitalis.  Sebaik grab berjaya ditempah, penulis menyiapkan barang² akhir yang perlu dimasukkan ke dalam beg dan akhirnya mengunci pintu dan bergerak ke pejabat resort untuk check out. Sebelum ini, iaitu pada tahun² sebelumnya, kaedah check out hanyalah dengan memasukkan kunci ke dalam tabung yan