Catatan

Tunjukkan catatan dari April 30, 2014

Seorang yang mustajab doanya

Imej
Usair bin Amru (ada yang kata nama sebenarnya ialah Usair bin Jabir) berkata, "Dalam satu peperangan, Umar bin Khattab didatangi oleh sepasukan pembantu daripada penduduk Yaman. Beliau bertanya kepada mereka, 'Ada sesiapa antara saudara sekalian yang bernama Uwais bin Amir?' Akhirnya Uwais bin Amir dibawa berjumpa beliau. 'Adakah saudara bernama Uwais?' Umar bin Khattab bertanya. 'Ya!', jawab Uwais. 'Benarkah saudara daripada keturunan Murad daripada kalangan suku Qaran?', Umar bertanya lagi. 'Ya!', jawab Uwais. Adakah saudara menghidapi penyakit sopak tetapi kemudian penyakit sopak saudara sembuh, kecuali pada satu tempat sebesar wang dirham?' tanya Umar lagi. 'Ya!', jawab Uwais. 'Adakah saudara mempunyai seorang ibu?', Umar bertanya lagi. 'Ya!', jawab Uwais. Kemudian Umar Bin Khattab berkata, 'Saya mendengar Nabi Muhammad menerangkan, 'Saudara sekalian akan bertemu dengan Uwais bin Amir, daripada ket