Kisah lelaki yang sangat kasih akan ibunya
Lelaki ini bukanlah seorang yang dikenali ramai. Hanya seorang lelaki yang tinggal di kampung pendalaman. Di tengah ketandusan padang pasir gersang. Hanya bersama seorang ibu tua. Dia begitu kasih dan taat pada ibunya. Tidak ia meninggalkan ibunya keseorangan hanya untuk menenuhi kehendaknya. Pada zamannya telah muncul seorang utusan mulia. Dia memang berniat untuk bertemu dengannya. Begitu memuncak keinginannya untuk menatap wajah insan yang bercahaya. Insan yang menerima tarbiyyah langsung dari Tuhannya. Tetapi apakan daya. Dia tidak sanggup untuk meninggalkan ibunya keseorangan hanya semata-mata untuk memuaskan kehendaknya. Tidak sanggup dia meninggalkan ibunya walaupun untuk menemui insan teragung. Baginya, berbakti kepada seorang ibu jauh lebih baik dari segalanya. Apabila junjungan Nabi SAW meninggalkan dunia yang fana ini, sahabat nabi ada hasrat untuk menemui lelaki itu. Ini kerana junjungan mulia ada menyebutkan yang lelaki tersebut wajar dicari. Pabila bertemu, maka min