Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 20, 2011

Masjid baru

Imej
Zuhur tadi sebelum iqamah, sang bilal telah membuat pengumuman penting iaitu solat Asr pada hari ini merupakan solat Asr terakhir di masjid lama. Maghrib kelak akan mula solat di masjid jame baru yang tersergam indah. Semalam tatkala acara pembersihan ruang bagi meraikan bakal-bakal jamaah pada keeesokan malamnya, itulah pertama kali menginjak ke tanah wakafan bangunan masjid itu sejak projek pembinaannya berjalan pada awal tahun. Ruang solatnya agak luas juga...dengan mimbar yang mempunyai senireka melayu serta mihrab yang diukir tangan oleh muslim uzbek. Masjid tiga tingkat (pada pengamatan penulis) dilengkapi dengan ruang pejabat, kios, dewan seminar dan sebagainya. Sememangnya sebuah kompleks yang lengkap untuk keperluan muslimin dan muslimat .. Acara solat pertama di masjid baru begitu hening...dengan keadaan kilat yang memancar melatari warna senja yang kelam bersama turunnya hujan renyai menambah kesyahduan. Berjalan ke bangunan dengan titisan hujan mula membasahi pakaian. Sayan