Catatan

Tunjukkan catatan dari November 3, 2008

Catatan ke Sarawak

Imej
30 Nov 2008 sekitar jam 12.50 penulis telah berada di perut pesawat sebaris dengan ketua bahagian dan isteri beliau menuju ke Bandaraya Kuching bagi mewakili jabatan untuk MBJ peringkat kebangsaan. Tiba di Lapangan terbang antarabangsa Kuching jam 1.45. Telinga macam nak pecah dek terkena tekanan udara. Ketua Bahagian syorkan makan chewing-gum tapi bagi penulis meskipun ianya ilmu yg baru macam tak berkesan. Tapi penulis lihat beliau rileks sahaja ... Dari lapangan terbang Kuching bergerak ke hotel dengan dua teksi yang berasingan, penulis dapat melihat suasana sebahagian Bandaraya Kuching sepanjang perjalanan yang melukiskan pemandangan rumah golongan astrokrat yang menghiasi kiri kanan jalan. Terfikir dalam kepala penulis, apakah di sekitar ibu negeri Sarawak ini tiada wujud golongan marhain? Boleh dikatakan tiada langsung wajah rumah murah mahupun kos sederhana yang kelihatan. Sekitar 20 ke 25 minit terperuk di dalam perut teksi akhirnya tiba ke destinasi. Hotel yang terletak agak j