Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 26, 2014

Kisah napolean kecil ....

Imej
Di organisasi yang tersohor ini acapkali wujud manusia kerdil berjiwa besar bahkan boleh diistilahkan bernafsu besar yang duduk di bawah lambung lelaki paling berkuasa. Mereka ini kerap juga menjadi makhluk yang amat dipercayai dan juga disayangi oleh lelaki paling berkuasa. Dek kerana kecintaan dan kasih serta kepercayaan lelaki paling berkuasa terhadapnya menyebabkan manusia kerdil ini sering melupakan akan dirinya yang sebenar dan kerap pula menjadi 'gunting dalam lipatan' atau kaduk naik junjung yang menyebabkan pula ia sering menyalahgunakan kedudukannya untuk membina kemnya yang tersendiri. Mereka ini kelihatan amat patuh dan taat kepada kepimpinan organisasi menyebabkan pimpinan atasan akan menaruh kepercayaan penuh terhadapnya....ini menghasilkan sikap mahu mengekalkan status quo yang dianugerahkan kepadanya dan secara tidak sedar telah mengakibatkan dirinya nenjadi sombong. Selalunya golongan seumpama ini akan berada agak lama di sesuatu sub organisasi, me

Anak muda kita sudah tiada kesucian lagi?

Imej
Pabila kita diberi peluang untuk membuat satu bentuk kajian atau penyelidikan dengan mengambil sample seramai 130 orang pelajar lelaki berusia di antara 13 ke 17 tahun dari sebuah sekolah menengah di hujung anjung selatan semenanjung emas, di dapati bahawa hanya EMPAT orang sahaja daripada jumlah keseluruhan sample tersebut yang mengaku mengerjakan solat lima waktu sehari semalam...!! Ini bermakna lebih kurang tiga ke empat tahun dari sekarang ada kemungkinan masjid dan surau akan ketandusan jamaah Hasil perbualan dengan tiga orang pemuda berlainan usia, kesemua mengaku pernah melakukan perbuatan berunsur seks ataupun pernah mengadakan hubungan seks dengan pasangan dan juga dengan seseorang yang jauh lebih berusia, dan yang paling memeranjatkan, salah seorang dari tiga pemuda itu mengaku pernah bercumbuan dengan pelajar perempuan tatkala mereka sama-sama berada di tahun empat , iaitu ketika berusia seawal 10 tahun... Mereka ini bakal mewarisi negara yang aman makmur se