Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 29, 2017

Menggapai Kaison Di JJ Tebrau

Sekitar jam 3 petang, penulis bergerak dari Bat Town menuju ke lokasi biasa atas tujuan menyiapkan visi. Singgah di sebuah kedai makan asam pedas ikan air tawar di tepi jalan utama. Dengan harga yang amat berpatutan, seketul kepala ikan terhidang dalam rendaman asam pedas kemerahan. Seusai makan, kami terus bergerak menuju ke destinasi. Perjalanan lancar hinggalah tiba di hujung tol, dimana penulis telah menyelesaikan qasar asar dan meneruskan perjalanan berpandukan GPS. Sebaik menghampiri pintu tol kedua untuk bayaran RM2.10, kelihatan deretan panjang kenderaan. Pada mulanya disangkakan akibat kesesakan kenderaan yang bertambah dek kerana musim cuti sekolah. Tetapi setelah keadaan agak lama, dan setelah dipertanyakan kepada jurutol yang bertafakur di dalam kotak tol, maka ketahuilah adanya lori yang terbalik... Maka dari jam 4.55 pm hingga membawa ke jam 6.30 p...barulah selesai melintasi lori yang celaka, maka roda kenderaan baru deras akan pusingannya. Kami tiba di lokasi b