Catatan

Tunjukkan catatan dari April 5, 2015

Terkenang semasa dulu : Permainan galah panjang

Imej
Suatu ketika dahulu, sebaik sahaja selesai menikmati minum pagi di tepi longkang bangunan sekolah, sekumpulan pelajar darjah satu akan berkumpul di suatu kawasan tepi padang untuk bermain galah panjang. Galah panjang ialah sebuah permainan tradisional, dimana beberapa peserta akan dibahagikan kepada dua kumpulan yang besar. Satu kumpulan akan bertindak sebagai defend manakala satu kumpulan lagi akan menyerang. Objektif utama permainan penyerang ialah untuk tiba di garis penamat dan mendapat seberapa ramai rakan dalam kumpulan yang berjaya. Pasukan defender pula akan cuba menghalang cita-cita pasukan lawan daripada berlaku.  Terdapat beberapa garisan yang perlu dilalui sehingga ke garisan penamat dan kemudian pemain penyerang akan mencuba sekali lagi untuk balik ke garisan permulaan.  Penyerang boleh bergerak secara veramai-ramai atau perseorangan bergantung kepada persetujuan awal. Sekiarnya penyerang terkeluar dari garisan atau tapak yang ditentukan, penyerang akan di