Dunia fasilitator : baru bertatih
Dunia seorang fasilitator mungkin jarang diperkatakan oleh masyarakat awam. Biasanya perbualan dan prdebatan di mana-mana ruang amat jarang dan kadang-kadang sahaja menyentuh mengenainya. Itupun topik ini mungkin hanya diminati oleh golongan yang sememangnya telah biasa bergelumang dengannya sahaja, ataupun bagi mereka yang baru hendak menceburi bidang tersebut. Seikhlasnya, penulis mula berjinak dengan dunia kefasilitatoran sejak menjalani program induksi di Mersing Johor. Ini adalah disebabkan rakan penulis yang telah dikenali sejak tahun 1991 itu yang menarik penulis ke dalam dunia fasilitator ini. Bermula dengan permohonan melalui pengisian borang, dan kemudian dipanggil untuk temuduga. Antara perkara yang dipertanyakan ialah : "Kalau kami adakan program di HUJUNG MINGGU (ayat ini ditekankan oleh panel) dan kami tidak cukup fasi, jika kami panggil saudara, tanpa sebarang bayaran, adalah saudara sanggup?" Maka dengan penuh yaqin dan iltizam pasti sahaja pe