Catatan

Tunjukkan catatan dari April 6, 2021

Catatan amalan penduduk Bat Town (Kembar Gotham City) : Edisi Nisfu Syaaban dan Tahlil Mega

 24 Syaaban 1442 Gema Ramadhan semakin hampir. Aromanya telah mula dapat dihirup akan wewangiannya. Dia sudah berada di ambang sempadan untuk masuk kedaerah kehidupan kita. Cuma kita yang tentu dapat menemuinya meskipun sudah kedengaran derapan kakinya di halaman rumah kita. Boleh jadi Izrail a.s mendahului Ramadhan pada tahun ini bagi menutup diari kehidupan kita. Antara amalan biasa yang dilakukan oleh penduduk Bat Town ialah meraikan malam ke 15 daripada tarikh kiraan bulan Syaaban. Majoriti percaya bahawa malam ini doa dimakbulkan sebagaimana riwayat yang dinyatakan mengenai perkataan Al Imam Syafie antara malam yang dipercayai dikabulkan akan doa ialah pada malam ke 15 Syaaban. Maka penduduk kota ini akan berkumpul di masjid, surau, musalla bahkan jika tidak berkesempatan, di rumah masing² seusai solat Maghrib untuk membaca surah yassin sebanyak tiga kali. Kali pertama dibaca untuk hajat tertentu, begitulah juga yang kedua dan juga yang ketiga. Amalan ini dilakukan sejak turun tem