Akhirnya kapal itu karam....
Kapal lama yang cuba dinakhodai oleh orang baru itu rupanya tidak mampu bertahan lama. Realitinya, ia semakin hampir menemui jalan tenggelam selepas dibadai tsunami yang lebih hebat dari Aceh 2014. Segala usaha berbentuk subversif akhirnya berjaya melobangi bahtera itu dan air laut membaham ganas masuk ke perut bahtera. Hanya tinggal dek yang separa patah sahaja kelihatan. Meski ingin ditutup mulut awak² agar jangan menceritakan perihal kapal kepada ahli keluarga dan sanak saudara yang menanti dengan harapan di pelabuhan dan daratan, namun hembusan angin meski kelihatan selembut sutera cina, ianya tiba juga ke cuping para penanti di daratan. Dan akibat perbalahan politiking yang sebegitu hebat oleh segolongan proletariat yang suka untuk bersenggama dengan borjouis demi mengaut secebis nasi jelantah buat mengisi tembolok yang kian kelaparan dan dahagakan kuasa, maka diperturutkan jua. Akhirnya, semua proletariat yang mengharapkan kepada sebuah tesis sebenar dari sang pejuan