Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 23, 2014

Rumah terbuka : Selepas perkabungan negara

Imej
Rumah terbuka masih hangat di sana-sini. Khususnya dalam wilayah selatan. Wilayah Lanun......Penulis belum mahu ulas perkara itu... Kalau tidak atas nama rumah terbuka, akan dipakai nama kunjungan marhaban. Bahkan di masjid jame dalam salah sebuah kampung, dinyatakan majlis marhaban sekampung pada 30 syawal. Mungkin manusia memakai alasan untuk mengeratkan silaturrahim dengan menjemput hadirin datang. Al maklumlah kalau tidak dijemput, sama ada melalui wassap, surat pekeliling, e-mail dan sebagainya, manusia jenuh nak mari kerumah. Orang moden kehidupan disibukkan dengan kepelbagaian. Tanpa undangan, boleh jadi terlupa untuk berkunjungan. Dengan mengadakan rumah terbuka, semua bangsa boleh hadir. Semangat 1 malaysia memuncak semula. Katalah sebuah pejabat yang ada kakitangan 15 orang. Apabila buat acara seumpama ini, hadirin akan jadi berganda-ganda. Bukan hanya 15 bahkan akan menjadi 40 ke 50 orang... Maka pelbagai jenis makanan dan juadah disediakan. Ada rumah mamp

Bermusafir ke tengah lautan

Imej
Sekitar jam 9.00 malam penulis bergerak memulakan musafir dengan bas merah diiringi lambaian isteri dan anak-anak. Musafir menuju ke daratan di tengah lautan. Musafir ini mungkin sangat berbeza dengan musafir biasa. Musafir yang diiringi dengan keberkatan, Insya Allah. Lokasi persinggahan pertama ialah stesen bas seremban. Di dalam bas, yang paling ketara ialah perbualan paling kuat di antara seorang abang duda dan akak janda yang menurut perbualan itu, merupakan sahabat lama yang sudah dua tahun tidak bertemu. Selepas melepasi stesen bas seremban sekitar jam 12 mlm,  kesesakan laluan menuju ke ibukota. Selepas tertidur dan membiarkan sahaja sang pemandu untuk meneruskan perjalanan, akhirnya tiba di puduraya sekitar jam 1 pagi. Bas meneruskan perjalanan dan berhenti lagi di beberapa stesen. Kali akhir, ialah sebelum melalui jambatan pulau pinang. Kami merentasi selat yang memisahkan tanah besar semenanjung dengan pulau mutiara beberapa minit sebelum fajar sadiq. Setiba