Pengembaraan kecil : Darussalam menggamit rasa
Pagi hari kedua di bumi darussalam mengejutkan sang musafir untuk menunaikan solat subuh seawal jam 4.55 pagi. Teringat saat tatkala berada dalam kembara suci di tanah suci, seawal 3.30 pagi kami perlu bangun untuk menyertai jamaah subuh di masjidil haraam. Itu kisah di tanah suci. Ini kisah di darussalam. Adakah ada persamaan di antara keduanya? Hari kedua menyaksikan penulis menunggu di bilik hingga menjejak jam 8.30 pagi kerana ada urusan untuk membuat pinjaman kenderaan bagi melaksanakan misi kami..menuju ke Institut Teknologi Brunei (ITB) yang terletak kira-kira 20 minit perjalanan dari hotel penginapan. Rundingan awal dengan pihak pemilik kenderaan telah gagal disebabkan harga yang dianggap tidak berapa menguntungkan. Kami menghubungi pihak lobi dimana adakah terdapat kereta sewa atau teksi yang mampu menawarkan harga yang lebih murah. Akhirnya, kami berjaya menemui sebuah teksi yang menawarkan harga yang boleh dianggap agak ekonomik. Satu jam disewa dengan harga BND30.