Catatan Amalan Penduduk Pekan Kembar Gotham City Di Hari Jumaat - Siri II
7 Rajab 1442 1. Antara amalan yang dikhususkan pada malam Jumaat ialah berkumpul beramai-ramai untuk membaca surah Yassin selepas solat Maghrib. Ianya diikuti pula amalan membaca tahlilan sehingga menjelang waktu Isya. Seusai solat Isya, akan wujud jamuan untuk dinikmati bersama jamaah. Pada waktu PKP, jamuan dibungkus dan diedarkan kepada jamaah untuk dibawa pulang. komen penulis, Tiada isyarat khusus dari Junjungan ﷺ berkaitan amalan membaca yasin dan tahlilan pada malam Jumaat. Jika yang dipegang adalah bersandarkan kepada hadith “Barangsiapa membaca (surah) Yasin pada suatu malam, ia berada di pagi hari dalam keadaan telah diampuni. Barangsiapa membaca (surah) ad-Dukhan pada malam Jumat, ia berada di pagi hari dalam keadaan telah diampuni,” adalah hadits palsu. Hadits ini diriwayatkan oleh Ibnul Jauzi rahimahullah dalam al-Maudhu’at. Ibnul Jauzi rahimahullah berkata, “Ad-Daruquthni berkata, ‘Muhammad bin Zakaria (perawi hadits ini) memalsukan hadits’.” (Lihat kitab Ahaditsul