Agama itu Hanya Soal Keluarga?
Negara Wasatiyyah Semenanjung emas sememangnya amat dikenali dengan barisan penceramah serta para ulama yang ikhlas menebarkan keilmuan mereka. Hampir setiap malam, ada sahaja acara keilmuan yang dijalankan di serata ceruk masjid dan surau juga lokasi padang dan sebagainya. Jika ada program yang ditaja oleh badan² tertentu atau agensi kerajaan, maka ulama yang dijemput juga merupakan mereka yang tersohor dan dikenali. Biasanya topik yang akan diulas dan diperbahaskan ialah berkaitan dengan kekeluargaan. Amat jarang sekali topik² selain kekeluargaan menjadi agenda yang akan diangkat dalam ceramah mahupun forum umum. Apalagi jika program tersebut disiarkan di kaca televisyen ataupun di corong² radio. Pernahkah topik negaraku : Madinah Ke Dua, diperbahaskan di dalam Forum Ehwal Islam yang dikeudarakan pada malam Jumaat setiap minggu? Apakah pernah kita mendengar dalam majlis sambutan maulid, penceramah jemputan berani bercerita berkaitan aqidah dan tauhid, selain kisah untuk meng