Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 15, 2016

Travel Log : Bila tersekat di lebuhraya untuk mengambil ujian

Entah mengapa untuk tahun ke tiga dalam pengajian jarak jauh di salah sebuah UA tersohor, pentadbiran UA tersebut mengambil keputusan untuk mengadakan PB lebih awal dan dilaksanakan di pusat wilayah pengajian. Setiap tahun, sejak awal penulis menjejak kaki ke dalam arena pengajian jarak jauh, PB, atau Peperiksaan Berterusan akan diadakan di kampus utama semasa berlangsungnya minggu intensif selama tiga minggu. Namun untuk tahun ini, PB bagi subjek universiti diputuskan untuk dibuat awal sebelum minggu intensif. Bagi penulis yang kununnya telah berada di tahun tiga pengajian, hanya ada satu sahaja subjek universiti yang diambil iaitu subjek JUE 300, atau English II.  Pada 10 Disember bersamaan 10 Rabiul Awal 1438, jam 4 petang telah dijadualkan PB diadakan di pusat wilayah yang terletak di hujung selatan semenanjung emas. Lokasinya bukanlah lokasi biasa semasa mengambil final exam tahunan. Ianya terletak agak jauh. Penulis telah merancang awal untuk menumpang salah seorang rakan ya