Catatan

Tunjukkan catatan dari April 22, 2019

Miqat di Hudaibiyah

20 Rejab 1440 hari Rabu, pergerakan jemaah menuju ke miqat di hudibiyah. Seperti lawatan sebelumnya, jemaah diminta berkumpul di lobi aras 3 hotel menara jam yang mencapai awan itu sekitar jam 7.00 pagi. Subuh di Makkah ialah sekitar jam 4.58 pagi manakala azan pertama akan dilaungkan sejam sebelum masuk waktu subuh. Negara kita setakat yang penulis tahu, hanya Pulau Pinang sahaja yang melaungkan azan dua kali pada waktu subuh. Mungkin juga di Perlis, tetapi penulis belum berkesempatan ke sana. Seusai sarapan, para jemaah telah berkumpul di lobi. Sekitar jam 7.30 am, kami bergerak turun ke lokasi untuk menaiki bas. Penantian memakan masa agak lama kerana waktu tersebut bas yang menanti agak banyak. Sekitar hampir jam 8 am, baharulah bas muncul dengan pemadu seorang pakistan. Bas bergerak menuju ke miqat hudaibiyah. Sepanjang perjalanan, mutawif berkisah mengenai hudaibiyah dimana disitu termetrai satu perjanjian perdamaian antara kaum kafir makkah dan kaum muslimin selama 10 tahun