walimatul urus alternatif
1 Ogos 2009 Sekitar jam 11.00 pagi, penulis dan keluarga bergerak menuju ke Taman Duyung di Melaka untuk menghadiri majlis walimah kelolaan datuk saudara. Singgah minum di kedai minum stesen keretapi yang tersohor … Maka terdapat sedikit penggambaran yang dilakukan di sana, untuk terbitan Siaran Suria milik stesen TV negara jiran. Memang banyak penggambaran yang dijalankan di kedai minum tersebut. Jika kita berpeluang untuk minum pagi di sana, janganlah kita melepaskan peluang tersebut. Bawalah anak dan keluarga ke sana. Harganya masih murah. Menunya sangat asli – nasi lemak, mee hoon, mee kasar, pelbagai jenis dan rasa roti bakar, telur separuh masak, kopi (bagi para penggemarnya) dan suasana manusia yang begitu sesak hinggakan terpaksa menunggu giliran untuk makan atau minum. Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa kedai minum yang bermula dari kantin stesen keretapi itu telah memulakan perniagaannya sejak tahun 1930 an lagi …Sudah terlalu banyak publisiti yang dbiuat melalui media m