Kita berarak lagi
Malam 20 Oktober 2012 sekali lagi warga organisasi ini turun beramai-ramai ke bandar penggaram untuk melakukan perarakan raksaksa. Bukan perarakan untuk bantahan..jauh sekali perhimpunan haram...tetapi perarakan untuk menyedarkan warga Penggaram akan kedatangan sambutan gilang gemilang yang diraikan saban tahun di organisasi bakal menjelang tiba tidak beberapa hari lagi. Meskipun perjalanan dari kediaman menuju ke lokasi disulami dengan pelangi, hujan dan sekali-sekala kilauan kilat, namun penulis tekadkan keazaman menuju ke lokasi. Sebagaimana tahun lepas, pesta perarakan ini diadakan semasa kemunculan musim tengkujuh. Walaupun kali ini hujan yang turun di sepanjang jalanan tidak selebat hujan tahun sebelumnya, namun ia belum bererti kawasan perarakan tidak dilimpahi air hujan... Penulis tiba di bulatan simpang rantai selepas maghrib berlabuh. Namun di kawasan tersebut kenderaan mula sesak. Simpang ke pukul 9 seperti terempang dengan sesuatu. Hujan turun renyai. Tatkala berjay