Catatan

Tunjukkan catatan dari November 7, 2014

Nak kahwin : belanja besar : tok sah nak berangan

Imej
Penulis agak teruja dengan paparan yang ditemui di laman muka buku beberapa jam sebelum Jumaat ini. Kalaulah majoriti pemuda pemudi sanggup sebegini, urusan perkahwinan akan menjadi semakin mudah dan pintu² maksiat Insya Allah akan tertutup rapat. Persoalannya, sanggupkah? Mungkin di kalangan tuan punya badan lagi suka, lebih² lagi pengantin lelaki. Tetapi ibu-bapa selalunya yang mahu macam². Kalau tidak pun, mereka akan terikut² rentak paluan saudara mara yang lain. "Anak perempuan nko yang masuk universiti...inilah sorang. Takkan nko nak kawinkan dia dengan jantan tu? Dah la kerja kerani je..." "Mak nak juga tengok cucu nenek di bersanding. Buat besar-besaran.Sebelum nenek tutup mata..." Itu antara dialog biasa yang sering kedengaran menyebabkan ibu-bapa yang agak separuh sedar menjadi tidak keruan dan mengikut sahaja kehendak mereka yang berada disekeliling mereka. Kalau lelaki betul² nakkan anak aku, kenalah betul² sikit. Ada nak buat majlis m

Sarapan di mana? Stesen Keretapi Kluang

Imej
Stesen keretapi Kluang mungkin agak terkenal di kalangan penggemar kopitiam di negara ini kerana di sinilah berasalnya beberapa kedai kopitiam di beberapa negeri seperti di Perak dan juga KL. Bermula daripada kantin biasa di stesen keretapi sejak zebelum perang dunia ke II lagi, nama stesen keretapi ini semakin melonjak naik seiring dengan lonjakan kedai makan yang ada di situ. Namanya semakin melonjak apabila didapati terdapat campuran haiwan tidak halal di dalam ramuan kopi yang dikatakan amat lazat dan menyelerakan itu... Penulis tidak berhasrat untuk mempromosi kedai tersebut kerana ianya sudah terlalu glamour. Acapkali stesen televisyen membuat liputan dan penggambaran di situ. Namun sejak dilanda kontroversi, ianya agak mula ditinggalkan. Sang penggemar kopi "diehard fan" juga sanggup berpatah arang dengan kerusi dan meja kedai yang menjadi lokasi kunjungan saban hari sebaik mengetahui hakikat sebenar akan ramuan yang terkandung dalam kopi kegilaan.