Mencari Jumaat terbaik
12 Jamadil Awwal 1443 Jumaat yang tenang dan mendung sejak munculnya sang mentari pagi di hari yang penuh keberkatan. Terpandang perkongsian jamaah whats up berkaitan teks khutbah Jumaat pada hari ini yang bakal dikumandangkan oleh khatib di seantero negeri hujung benua selatan beberapa jam lagi... Penulis terhimbau kenangan ketika menunaikan solat Jumaat di salah sebuah institusi pengajian tinggi di hujung benua beberapa Jumaat yang lepas. Jemaah agak padat namun masjid tiga tingkat itu mampu menampung jamaah yang hadir. Penerapan SOP C19 agak ketat dimana petugas akan memeriksa setiap my sejahtera di pintu masuk sama ada telah scan atau belum, telah vaksin atau belum dan sebagainya. Pintu masuk hanya dihadkan pada pintu hadapan sahaja meskipun masjid pada umumnya diketahui mempunyai bilangan pintu yang banyak. Oleh kerana penulis hadir agak lewat dari biasa, dan tidak berwudhuk serta mempunyai hajat, penulis telah tersilap melangkah masuk ke dalam perut masjid dengan anggaran, ada