Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 20, 2015

Bila tahlil, solat hajat dan konsert seiring...

Imej
Ini perkara yang semakin hari semakin biasa dalam masyarakat kini. Trend yang semakin galak di mana-mana institusi. Apabila berhajat kepada sesuatu perkara, maka segera dikumpulkan semua muslimin untuk mengadakan solat hajat dan juga tahlil dengan nawaitu agar diturunkan keselamatan dan kesejahteraan agar majlis dalam berjalan dengan penuh lancar dan selamat. Namun, selepas itu, majlis konsert tetap diwujudkan. Sama ada program bersifat kebangsaan, kenegerian mahupun organisasi. Kesenian dan konsert serta doa tidak mampu dipisahkan dari minda manusia bergelar melayu.  Hendak dikata tidak tahu agama, eh, kami dah buat solat hajat beserta tahlilan lagi.. Hendak dikata kolot, kami juga adakan konsert... Hendak dikata keterlaluan, kami hanya adakan konsert dari artis dalam negara sahaja. Kami tidak mahu kepada konsert rakus bawaan barat dan juga korea... Kalau tidak kepada konsert rock kapak, kami bawa penyanyi sopan dan berpakaian tidak mencolok mata. Ka