Kembara keretapi....
Sabtu 30 November seawal jam 8.30 pagi kami telah bergerak menuju ke stesen keretapi di tengah-tengah daerah dalam negeri selatan semenanjung emas untuk menyertai misi keluarga, kembara keretapi ke stesen selatan. Peserta kembara terdiri daripada putera dan puteri-puteri, orang sebelah yang setia, bonda, adik dan juga adik ipar. Tiket yang dibeli bernilai RM98.00 untuk sekali perjalanan. Kami memulakan perjalanan sebaik sahaja keretapi tiba di stesen sekitar jam 9.20 pagi dan perjalanan ke stesen paling selatan dijangka mengambil masa sekitar dua jam lima belas minit. Terdapat beberapa stesen yang disinggahi dan yang paling lama ialah di stesen kempas. Putera dan puteri kedua penulis menjadikan gerabak tren seolah-olah rumah sendiri. Mungkin mereka gembira dengan kembara ini. Kami tiba di stesen destinasi sekitar jam 11.15 pagi...lebih awal dari jangkaan. Kemudian kami bergerak ke pusat membeli belah yang terhampir. Tiket untuk pulang telah dibeli lebih awa