HROD dan kenangannya dari kacamata seorang fasi
Organisasi dengan segala kekuatan yang ada telah cuba mewujudkan kursus yang serupa dengan Sungkai. Bezanya, ia menggunakan fasi dari kalangan staf sendiri. Maka sekitar tahun 2004 juga, satu kursus TOT telah dilaksanakan bertempat di Ladang herba Pagoh. Penulis adalah antara yang terlibat dalam kursus tersebut. Ianya agak menyeronokkan kerana berbentuk TOT. Kursus selama 4 hari 3 malam itu dikendalikan di sebuah banglo besar di puncak bukit (kini telah musnah dalam satu kebakaran) Di banglo tersebut, ditingkat atas kami bermalam, dan ditingkat bawah kami beraktiviti, solat berjamaah, beratur menunggu giliran untuk mandi dan sebagainya, termasuk makan. Jadual kursus juga ketat seperti mana di Sungkai. Lagu tema juga sama. Cuma Kem komandan tidaklah sekeras Pak Din. Hari pertama bermula dengan taklimat dan pada sebelah malamnya acara ice breaking serta identiti kumpulan. Setiap dari kami diberi pengenalan dan terpaksa mencarinya dalam kegelapan malam disekitar banglo. Aktiv