Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 26, 2020

Sarapan Pagi : Di Dapur Pak Usop

Imej
  10 Jamadil Awwal 1442 Jumaat yang berkah di bumi kawasan mukim tengah selatan semenanjung emas. Penulis berkesempatan menikmati sarapan pagi di warung Pak Usop yang terletak di taman majupadu.  Antara yang menarik yang ditawarkan di sini ialah lontong darat, bubur berlauk, roti canai dan juga roti bakar. Terdapat juga jualan makanan goreng panas namun ianya hanya bermula pada sebelah tengahari. Terdapat ramai juga pelanggan yang berkunjung untuk menikmati sarapan pagi di sini, dan boleh dikatakan kebanyakan mereka terdiri daripada staf pejabat kerajaan tempatan yang terletak tidak jauh dari lokasi. Warung ini ditutup setiap hari Rabu. Harganya agak berpatutan .. Kepada Allah diserahkan segala urusan

berangkat ke kota madinah

21 Rajab 1440 ... Khamis terakhir di bumi Bakkah Ziarah ke baitullah berakhir pada hari ini. Pagi seusai subuh, penulis mengelilingi kaabah lagi untuk mendapatkan kebekahan .. Kemudian naik ke hotel untuk menikmati sarapan terakhir di Makkah. Tawaf wida dijangka akan dilaksanakan sekitar jam 11 pagi. Seusai sarapan, penulis berjalan menuju ke kedai menjual jubah di aras bawah hotel. Hotel yang mengadungi pasaraya ini menawarkan lokasi yang baik untuk membeli belah. Meskipun ada suara yang mengatakan pembelian di bumi madinah lebih murah, namun godaan untuk membeli tetap muncul di sanubari. Beberapa hari lepas, penulis menemui sebuah kedai menjual minyak wangi yang menawarkan minyak wangi yang murah. Dengan harga SAR15, botol yang ditawarkan kelihatan amat menarik, namun aromanya hanya sebentar cuma. Ianya tidak dapat bertahan lama. Dengan membeli lebih daripada sebotol, anda akan dapat membawa balik minyak wangi ini dengan harga SAR10 sebotol!! Tatkala berehat di bilik,